Rabu, 05 Februari 2014

Macam Macam Pos yang saya ketahui selama ini dan yang saya pahami.

POS EKSPRESS
  1. Apakah perkhidmatan Pos Ekspres?
  2. Perkhidmatan Pos Ekspres adalah merupakan perkhidmatan mel biasa yang pantas dan ekonomik untuk serahan pada hari bekerja berikutnya ke destinasi terpilih berdasarkan syarat-syarat jaminan.
  3. Apakah kelebihan Pos Ekspres?
  4. f. Perkhidmatan penghantaran cepat untuk surat dan dokumen sahaja.
    g. Menggunakan sampul prabayar khas.
    h. Tidak perlu menampal setem.
    i. Boleh diposkan di mana-mana peti Pos Ekspres (peti berwarna kuning).
    j. Mempunyai barkod untuk jejak dan kesan.
  5. Dimanakah sampul Pos Ekspres tersebut dijual?
  6. Sampul Pos Ekspres dijual di semua Pejabat Pos Besar, Pejabat Pos serta outlet-outlet terpilih di setiap negeri.
  7. Bolehkah Pos Ekspres dihantar ke luar negara?
  8. Tidak. Pos Ekspres hanya boleh dihantar dalam negeri iaitu Malaysia sahaja.
  9. Apakah piawaian perkhidmatan bagi produk ini?
  10. a. Serahan hari bekerja keesokannya.
    Meliputi bandar-bandar Zon A sahaja.
    b. Serahan dua hari bekerja berikutnya.
    Semua bandar di Zon B. Rujuk slip di dalam sampul.
    c. Serahan hari bekerja ketiga berikutnya.
    Semua bandar di Zon C. Rujuk slip di dalam sampul.
  11. Apakah syarat-syarat jaminan serahan Pos Ekspres tersebut?
  12. a. Item dialamatkan ke Zon Serahan Pos Ekspres sahaja.
    b. Item diposkan melalui Peti Pos Kuning Pos Ekspres tidak lewat dari masa yang dipamerkan.
    c. Jaminan hari serahan tidak termasuk hari tidak bekerja.
    d. Sampul Pos Ekspres baru akan diberi percuma jika janji serahan mengikut piawaian perkhidmatan tidak dipenuhi.
  13. Berapa jenis sampul Pos Ekspres yang disediakan dan apakah kadar harga bagi setiap jenis sampul?
  14. Terdapat enam jenis sampul Pos Ekspres prabayar yang disediakan, iaitu:
    Jenis
    Saiz Sampul
    Berat Maksimum
    Ketebalan
    Harga
    LG
    220 mm X 110 mm
    100 gm
    3 mm
    RM 3.00
    LH
    220 mm X 110 mm (bertingkap)
    100 gm
    3 mm
    RM 3.00
    LE
    229 mm X 162 mm
    250 gm
    5 mm
    RM 3.50
    LD
    353 mm X 250 mm
    500 gm
    10 mm
    RM 4.50
    LJ
    250 mm X 210 mm X 25 mm
    750 gm
    25 mm
    RM 6.00
    LK
    340 mm X 250 mm X 25 mm
    1 kg
    25 mm
    RM 7.00



  15. Apakah maklumat yang perlu dilengkapkan oleh pelanggan pada sampul Pos Ekspres?
  16. Pelanggan hendaklah melengkapkan maklumat pengirim (nama, alamat penuh, poskod dan nombor telefon) dan maklumat penerima (nama, alamat penuh, poskod dan nombor telefon) serta akuan pengirim yang mesti ditandatangani.
  17. Dimanakah sampul Pos Ekspres ini boleh diposkan?
  18. Di semua peti Pos Ekspres yang berwarna kuning.
  19. Apakah akan terjadi sekiranya diposkan di peti pos berwarna merah?
  20. Pos Eskpres tersebut tidak akan memenuhi piawaian perkhidmatan serahan ’Dijamin Sampai Esok’.
  21. Apakah kandungan yang boleh dihantar menggunakan sampul ini?
  22. Semua jenis surat dan dokumen sahaja.
  23. Apakah barang-barang larangan yang tidak boleh dihantar menggunakan Pos Ekspres?
  24. a. Semua benda larangan dan berbahaya.
    b. Barang berupa makanan dan pakaian.
    c. Benda-benda atau dokumen yang berharga seperti wang tunai, permata, sekuriti boleh runding dan sebagainya.
    d. Bahan-bahan letupan, mudah terbakar, mudah berkarat, aerosol.
    e. Cetakan yang tidak senonoh atau lucah, lukisan, gambar foto, pornografi, litografi, ukiran, buku atau kad atau barang-barang yang tidak senonoh atau lucah.
    f. Ikatan berlogam.
    g. Surat-surat yang berisi tiket-tiket loteri atau sebarang tiket atau iklan-iklan mengenai hadiah-hadiah atau lain-lain pengumuman mengenai sebarang loteri, judi atau sebarang bentuk perjudian lain, atau lumba kuda yang dianjurkan oleh kelab lumba kuda yang ditubuhkan di Malaysia yang mana keputusannya boleh diposkan dalam Malaysia.
    h. Surat-surat jaminan yang dibayar kepada pembawa, wang bank atau wang kertas melainkan dihantar dengan surat berinsurans.
    i. Sebarang senjata api.
    j. Candu, ganja, daun koko, morphia, morfin, kokain atau lain-lain narkotik dan ubat-ubat racun yang berbahaya.
    k. Bahan-bahan radioaktif.
    l. Sebarang barang purba.
    m. Barangan atau dokumen larangan dan merbahaya yang termaktub di dalam Buku Panduan Operasi Perniagaan Pos, Pos Malaysia Berhad.
  25. Apakah akibatnya jika pelanggan menghantar barang-barang larangan tersebut?
  26. Barangan tersebut akan ditahan atau dirampas oleh pihak berkuasa atau Pos Malaysia Berhad.
  27. Apakah tindakan yang dilakukan sekiranya Pos Ekspres yang diposkan didapati melebihi had berat yang dibenarkan?
  28. Semua Pos Ekspres yang didapati diposkan melebihi had berat yang ditetapkan akan dikembalikan kepada pengirim.
  29. Adakah Pos Ekspres mempunyai bukti serahan (POD)?
  30. Tidak.
  31. Bagaimanakah serahan dilakukan?
  32. Serahan dilakukan dengan memasukkan item ke dalam peti surat penerima termasuk Peti Surat Persendirian.
  33. Sekiranya pelanggan ingin membeli sampul Pos Ekspres secara pukal (banyak), adakah diskaun atau rebet diberikan?
  34. Ya, pembelian Pos Ekspres secara pukal akan diberikan diskaun berbentuk sampul dan bukannya berbentuk wang tunai atau dalam sebarang bentuk lain.
  35. Adakah sebarang caj tambahan dikenakan kepada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan ini?
  36. Tidak.
  37. Berapa lamakah tempoh pertanyaan berkaitan serahan item Pos Ekspres boleh dibuat?
  38. Dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh Pos Ekspres tersebut diposkan.



     Berikut beberapa gambar kartu Pos yang ada  :